Ads Top

Main Ad

Untung Jualan Guna Untuk Baiki Masjid, Syatilla Melvin Kini Berniaga ‘Nasi Daging Telentang’

Enggan mengambil keuntungan secara penuh jualan produk terbarunya, Nasi Daging Telentang hasil kerjasama bersama LB Creuset, Syatilla Melvin berkata dia ingin menggunakan hasil jualan produk makanan itu untuk membantu menyambung pembinaan semua sebuah masjid yang terbengkalai di Sungai Siput, Perak.

View this post on Instagram

A post shared by S Y A T I L L A M E L V I N (@samtilla)

Advertisement

Ujar Syatilla, sebahagian daripada hasil jualannya itu akan disalurkan untuk membaiki masjid tersebut.

Difahamkan juga, masjid yang terletak di Perak itu telah terbengkalai lebih dua tahun dan keadaannya juga sangat sederhana. Kos untuk memperbaiki pusat ibadah itu dilaporkan memakan belanja lebih kurang RM200,000 secara keseluruhan.

View this post on Instagram

A post shared by S Y A T I L L A M E L V I N (@samtilla)

“Insya-Allah sebahagian keuntungan yang saya peroleh hasil perniagaan nasi dagin ini akan disalurkan untuk membina masjid yang terbengkalai itu. Kos yang diperlukan untuk membina masjid itu adalah RM200,000. Saya harap anda dapat doakan semoga impian saya ini dapat direalisasikan secepat mungkin.”

Dia dalam pada itu turut mengajak orang ramai terutama peminatnya agar menyokong perniagaan kecilnya itu iaitu Nasi Daging Telentang dalam usaha untuk bersedekah dan mengumpul pahala dalam pembinaan semula masjid tersebut memandangankan hampirnya bulan Ramadan yang akan disambut tidak lama sahaja lagi.

The post Untung Jualan Guna Untuk Baiki Masjid, Syatilla Melvin Kini Berniaga ‘Nasi Daging Telentang’ first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.