Ads Top

Main Ad

(Video) ”Asal Jumpa Je Nak Bawa Balik”, Sampai Nangis-nangis, Adik Nazril Cepat Kesian Bila Tengok Kucing Jalanan

Tak perlu disangkal lagi bahawa kehadiran kucing sememangnya akan menceriakan kehidupan. Dengan telatahnya yang sentiasa nakal dan comel, ia boleh menjadi salah satu terapi untuk menghilangkan tekanan.

Pun begitu, jarang sekali kita mendengar mengenai kanak-kanak yang terlalu ‘obses’ dengan kucing sehingga sanggup menjaga dan memberi makan kepada berpuluh ekor kucing walaupun mereka masih lagi kecil.

Seperti yang dikongsikan oleh Sue Farahanis di TikTok, anak lelakinya yang baru sahaja berusia 5 tahun tidak boleh berenggang dengan kucing peliharaannya.

@suefarahanis

@hanimhanim53 AURA DIA KUAT SGT MAMA PN NAIK HERAN😂 TERIMA KASIH UTK K.LONG KDAI MKN KUALA NERANG BGI MKN KUCING2 JLANAN DN BG DEPA MASUK KEDAI.❤

♬ bunyi asal – SUE FARAHANIS🐈 – SUE FARAHANIS🐈

Muhammad Nazril Irham atau lebih mesra dipanggil Abang long oleh ibunya itu dikatakan mempunyai ‘jalinan yang erat’ dengan kucing sejak dirinya lahir.

“Lahir-lahir bawak balik rumah, terus kucing hidu-hidu dia, ambil aura abang long,” kata Sue Farahanis ketika dihubungi SK.

Abang long juga suka membawa kucing jalanan balik ke rumah dan dijaga dengan baik.

@suefarahanis

Pandangan mata antara dua insan PART1. Jangan buli atau siksa haiwan. Abang long yang rasa sakit…..🥺🙏🏻 #kucing #fyp #foryoupage #ilovepets

♬ bunyi asal – Sue farahanis II – SUE FARAHANIS🐈

@suefarahanis

FOLLOW SU UTK LEBIH BYK CERITA KUCING JALANAN PART2. T. kasih yg mendoakan kebaikkan utk abg long.. dh byk dh abg long kutip kcing jalanan bwk balik..

♬ bunyi asal – Sue farahanis II – SUE FARAHANIS🐈

Dia yang sering memuatnaik video di TikTok mendapat perhatian netizen kerana kasih sayang dan keikhlasan yang ditonjolkan anaknya ketika bersama kucing.

Menurutnya, kucing yang dijaga oleh anaknya agak banyak iaitu kira-kira dalam 20 ekor.

@suefarahanis

Balas kepada @nuhasarah5 AMINN.. ABG LONG TERLALU OBSES DGN KUCING JALANAN. KALAU BOLEH SEMUA NAK BAWAK BALIK..#pencinta_kucing #fypシ゚viral

♬ bunyi asal – SUE FARAHANIS🐈 – SUE FARAHANIS🐈

“Dulu lagi banyak tapi ada yang dah mati dan ada yang hilang,” katanya.

Tambahnya lagi, anaknya itu juga sering menemaninya ketika memberikan makanan kucing selepas pulang dari menjual barang, mungkin dari situ ia membuatkan anaknya itu sangat menyayangi kucing.

Sumber: Sue Farahanis

The post (Video) ”Asal Jumpa Je Nak Bawa Balik”, Sampai Nangis-nangis, Adik Nazril Cepat Kesian Bila Tengok Kucing Jalanan appeared first on Siakap Keli.




Powered by Blogger.