Ads Top

Main Ad

Video ‘Burung Merpati’ Dimuat Naik Nonny Nadirah Undang Tanda Tanya Ramai

Bekas peserta Akademi Fantasia musim kelima Nonny Nadirah atau dikenali sebagai Nonny menimbulkan tanda tanya kepada netizen apabila beliau berkongsikan video di Insta stories mengenakan pareo berwarna merah dan cardigan putih sambil memegang burung merpati putih 2 hari sebelum menyambut bulan Ramadhan.

BACA: Padam Foto Lama, Muat Naik Gambar Seksi, Akaun IG Nonny Nadirah Digodam?

Advertisement

Di dalam video pendek tersebut, Nonny juga menulis sesuatu yang ringkas iaitu ‘tc’ yang bermaksud take care ataupun dalam bahasa melayu adalah ‘jaga diri’.

Pada 26 Mac yang lalu, Nonny telah mencetuskan kerisauan dari banyak pihak seperti rakan-rakan selebritinya apabila beliau dengan secara tiba-tiba memuatnaikkan video wanita berpakaian seksi di ruangan feed Instagram nya.

nonny nadirah Bukan itu saja, setelah memadam video berpakaian seksi tersebut Nonny sekali lagi mencetuskan kerisauan dari pelbagai pihak apabila beliau memuatnaik foto wanita yang sedang berkemban di dalam tong yang berwarna merah.

Hingga ke hari ini, semua pihak masih gagal menghubungi Nonny untuk memberikan penjelasan dengan lebih terperinci.

The post Video ‘Burung Merpati’ Dimuat Naik Nonny Nadirah Undang Tanda Tanya Ramai first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.