Ads Top

Main Ad

(Video) Tak Perlu Pakai Converter, Ini Cara Mudah Tukar File PDF Ke Words

Penggunaan Microsoft Word sememangnya tidak asing lagi terutama bagi pelajar atau individu yang bekerja. Ia merupakan perisian yang sangat berguna untuk menyiapkan sebarang tugasan.

Pun begitu, walaupun ia dilihat sangat mudah untuk digunakan tetapi banyak lagi sebenarnya fungsi perisian itu yang mungkin belum lagi ‘diterokai’ atau digunakan sepenuhnya.

Ini termasuk apabila ingin menukarkan format file daripada PDF kepada Microsoft Word. Ada sesetengah orang yang menukarkannya menggunakan perkhidmatan ‘pertukaran’ di laman web.

Sebenarnya, anda tidak perlu susah-susah menggunakan cara tersebut kerana ada cara mudah yang selama ini mungkin tidak pernah anda terfikir untuk melakukannya.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh Fathiah di TikTok, dia menunjukkan cara-cara mudah untuk menukar file dari PDF kepada Microsoft Word.

Hanya dengan beberapa langkah sahaja, anda boleh membuat tugasan dengan lancar. Ayuh tonton video di bawah ini.

@tiahsaupi

#TikTokGuru #learnontiktok #tiahsaupi

♬ Dj sa janji tra mabuk lagi by Rahmad Fauzi Rmx – XI™7 Ranggaa Kim

Sumber: Tiahsaupi

The post (Video) Tak Perlu Pakai Converter, Ini Cara Mudah Tukar File PDF Ke Words appeared first on Siakap Keli.




Powered by Blogger.