Ads Top

Main Ad

Viral Gambar Kurus & Pucat, Isteri Nafi Tuduhan Khalis Ambil Dadah Tapi Sebenarnya..

Baru-baru ini, tersebar sekeping gambar menunjukkan adik kepada Allahyarham Achik Spin iaitu Khalis dalam keadaan kurus dan pucat. Khalis dilihat diusung masuk ke dalam kereta untuk dibawa ke hospital.

Mengakui kesahihan gambar tersebut, isteri Khalis walau bagaimanapun menafikan dakwaan negatif netizen menuduh suami mengambil dadah.

Advertisement

Zalina Azman ketika dihubungi Harian Metro berkata, orang ramai tidak perlulah menghukum apabila tidak mengetahui tahap kesihatan sebenar suami.

 Suami saya tidak merokok, apatah lagi nak ambil dadah. Suami saya seorang yang anti dadah dan dia juga bukan perokok. Keadaan kesihatannya kurang baik disebabkan penyakit kencing manis yang dihidapi selama ini.

Kata Zalina lagi, suami hanya mengetahui menghidap kencing manis pada Februari lalu apabila dia dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban.

Mengenai keadaan Khalis, isteri memaklumkan suami berada dalam keadaan baik namun pada waktu tengah hari tiba-tiba separuh sedar.

Saya cuba memanggilnya tetapi tiada respon sebelum kami membawanya ke HTJ. Dia kemudian dimasukkan ke zon merah jam 5 petang hingga 11 malam kelmarin. Selepas itu baru dia ditempatkan di wad biasa.

Sebagai seorang isteri, Zalina memohon orang ramai menghentikan tuduhan tidak berasas mengatakan suami jatuh sakit angkara dadah. Dia turut memohon agar orang ramai mendoakan suami segera sembuh seperti sedia kala.

The post Viral Gambar Kurus & Pucat, Isteri Nafi Tuduhan Khalis Ambil Dadah Tapi Sebenarnya.. first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.