Ads Top

Main Ad

Alami Buah Pinggang Bengkak, Andi Bernadee Dikejarkan Ke Hospital

Penyanyi dan juga pelakon, Andi Bernadee dilaporkan telah dimasukkan ke hospital kerana buah pinganggnya yang bengkak dan bakal menjalani prosedur pembedahan pada hari ini.

Andi yang dihubungi media berkata, dia bergegas ke hospital pada hari Sabtu yang lalu kerana tidak dapat menanggung kesakitan yang dialaminya di bahagian abdomen.

Advertisement

“Sebenarnya sudah lama saya rasa sakit di sekitar perut hingga ke bahagian pinggang, tapi Sabtu lepas ketika berada di Aeon Shah Alam untuk acara bersama Fipper, tiba-tiba rasa sakit sangat. Itu yang saya bersama pengurus, Nasir Deraman bergegas ke klinik berhampiran dan telah diberikan suntikan oleh doktor.”

Jelas Andi, pembedahan perlu dibuat kerana buah pinggangnya itu sudah membengkak kerana batu karang.

“Jam 6 pagi tadi doktor buat CT Scan dan pada pukul 1 petang ini pembedahan secara laser untuk membuang batu karang akan dilakukan..” katanya lagi.

Penyanyi lagu Penat ini turut mengambil kesempatan memohon doa orang ramai terutamanya peminat agar mendoakan semuanya berjalan dengan lancar.

The post Alami Buah Pinggang Bengkak, Andi Bernadee Dikejarkan Ke Hospital first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.