Ads Top

Main Ad

Ayda Jebat Kongsi Video Kejutan Hamil, Reaksi Nabil Mahir Bukan Lakonan

Nabil Mahir suami kepada Ayda Jebat mengatakan dirinya sentiasa sebak apabila melihat video kejutan yang dibuat oleh isterinya kepada dia mengenai berita kehamilan itu.

BACA: (TAHNIAH) Ayda Jebat Umum Hamil Empat Bulan, Mohon Doa Peminat

Advertisement

Baru-baru ini Ayda mengumumkan dirinya hamil empat bulan dan memberitahu berita gembira itu dilaman sosial Instagram nya dengan memuatnaik video dia membuat kejutan kepada Nabil mengenai berita itu.

Menurut Nabil ketika ditemubual bersama Media Hiburan, perasaan sebak itu pasti akan datang apabila beliau mengenang detik-detik indah tersebut, apatah lagi bila Nabil terfikir dirinya akan menjadi seorang bapa selepas beberapa bulan mendirikan rumah tangga bersama isteri.

ayda nabil

Pasangan bahagia, Nabil dan Ayda Jebat bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Isteri kepada Nabil, Ayda Jebat berkata video yang dimuatnaik olehnya itu merupakan reaksi spontan dari Nabil dan bukanlah lakonan.

Saya terfikir untuk buat kejutan pada Nabil. Saya minta kotak susu dikosongkan dan bubuh kit ujian kehamilan. Saya panggil dia kononnya untuk promosikan Kisu. Apa yang anda lihat adalah reaksi spontan Nabil, bukan dibuat-buat.

Pasangan selebriti ini mengumumkan usia kandungan mereka sudah memasuki bulan keempat pada majlis Iftar Bersama Ayda Jebat & Nabil Mahir di Hotel Majestic, Kuala Lumpur.

The post Ayda Jebat Kongsi Video Kejutan Hamil, Reaksi Nabil Mahir Bukan Lakonan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.