Ads Top

Main Ad

Aziz M. Osman Akui Tak Buat Filem Berkualiti Kerana Tak Dapat Pulangan Lumayan

Pengarah terkenal negara, Aziz M. Osman tampil menjawab pertanyaan netizen tentang persoalan mengapa dia kini tidak lagi mengarahkan filem-filem berkualiti seperti suatu ketika dahulu.

Aziz dilihat telah menjawab soalan tersebut menerusi satu twit di laman Twitternya, baru-baru ini.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Aziz M.Osman (@azizmosman)

“Bang boleh tahu kenapa abang dah tak buat filem-filem berkualiti macam dulu dah..” tanya seorang pengguna media sosial tersebut pada Aziz M. Osman.

Dia kemudiannya menjawab persoalan itu dengan tenang.

Dalam pada itu, ada juga sesetengah netizen yang menyuruh Aziz M. Osman membuat ‘comeback’ dengan menghasilkan filem seperti drama Korea.

Namun, ada yang membidas kritikan itu dengan mengatakan bahawa ada filem yang benar-benar berkualiti seperti contoh, One Two Jaga.

View this post on Instagram

A post shared by Aziz M.Osman (@azizmosman)

Sekadar info, Aziz M. Osman, 59, pernah diangkat sebagai pengarah filem berbakat kerana pernah memenangi pelbagai anugerah di Festival Filem Malaysia (FFM).

Antara filem terkenal di bawah arahannya adalah Fenomena, XX Ray, Puteri Impian dan banyak lagi.

The post Aziz M. Osman Akui Tak Buat Filem Berkualiti Kerana Tak Dapat Pulangan Lumayan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.