Ads Top

Main Ad

“Bak Kata Diva AA, Why Bother?” Ziana Zain Akui Tak Perlu Cipta Kontroversi Untuk Terus Kekal Relevan

Penyanyi dan juga pelakon lagenda, Ziana Zain berkata dia memilih untuk tidak terlalu berkongsi hal peribadi di laman sosial kerana merasakan bahawa ianya bukanlah untuk tatapan umum.

Ujar Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain,52, kehidupan peribadi yang dikecapi kini bukanlah untuk tontonan dan menjadi bahan bualan masyarakat meskipun untuk peminat.

View this post on Instagram

A post shared by ZianaZain (@iamzianazain)

Tambahnya, dia tidak suka untuk mendedahkan tentang privasi diri dan ujarnya, perlu ada sedikit kerahsiaan diri kerana jika semuanya dilambakkan untuk tatapan umum maka tiada lagi ‘exclusivity’.

“Dalam hidup ini sebenarnya tak semua benda kita perlu tunjuk di media sosial..kena tahu apa yang boleh dan tak boleh dikongsi di media sosial. Kita kena bagi contoh dekat anak-anak, takut esok mereka persoalkan pula kenapa dulu kita boleh buat?

View this post on Instagram

A post shared by ZianaZain (@iamzianazain)

Advertisement

“Jadi bagi saya biarlah Instagram, Facebook hanya digunakan untuk kerja, saya lebih selesa kongsi tentang bakat dan kerjaya dari buat isu untuk viral di media sosial.”

Kata penyanyi lagu Putus Terpaksa ini lagi, pada kala usianya kini, dia tidak lagi memerlukan kontroversi untuk menaikkan nama atau populariti.

Malah, Ziana juga enggan untuk melayan sebarang kontroversi atau komen yang pernah dilakukan netizen terhadap dirinya.

View this post on Instagram

A post shared by ZianaZain (@iamzianazain)

“Sebenarnya saya ni jenis malas nak baca komen di laman sosial, sampaikan ada peminat yang mesej beritahu dan minta saya padam komen negatif. Tapi itulah bila difikirkan balik kenapa saya nak pening fikirkan kata netizen..bak kata Diva AA, why bother?” ujarnya mengakhiri bicara.

The post “Bak Kata Diva AA, Why Bother?” Ziana Zain Akui Tak Perlu Cipta Kontroversi Untuk Terus Kekal Relevan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.