Ads Top

Main Ad

Bakat Pernah Dihina, Diana Danielle Kini Bersedia Bergelar Penyanyi

Pelakon jelita, Diana Danielle mengakui pernah mengalami trauma untuk menyanyi selama hampir 10 tahun gara-gara bakatnya pernah dihina individu tertentu sehingga mematikan hasratnya untuk bergelar penyanyi.

Kini, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson,29, bersemangat kembali untuk menyanyi selepas video nyanyiannya dalam ‘cover session’ lagu Arcade di YouTube telah mendapat sambutan yang memberansangkan.

Advertisement

Dia yang meluahkan rasa terharu kerana bakat menyanyi telah dipuji ramai berkata perkara seperti itu sekaligus telah menaikkan semangatnya untuk bergelar penyanyi.

“Kalau ikutkan, saya mulakan karier seni dengan niat untuk menyanyi lebih 10 tahun lalu. Bagaimanapun saya trauma apabila bakat saya dihina individu tertentu yang terus mematikan hasrat saya untuk jadi penyanyi. Namun, tahun lalu saya tiba-tiba rindu sangat untuk menyanyi sebelum dilamar jadi artis naungan Universal Music Malaysia. Sebagai permulaan, saya muncul dulu dengan lagu-lagu nyanyian semula termasuk Arcade itu.”

Tidak menyangka jumlah tontonan video cover nyanyiannya hampir mencecah 100,000 tontonan, Diana berasa sangat bersyukur dengan sokongan padu yang ditunjukkan peminat.

Sehubungan dengan sambutan yang menggalakkan itu, Diana berkata dia tidak akan sambil lewa apabila sudah terlibat dalam industri nyanyian.

 
Terkini, video muzik Arcade nyanyian Diana Danielle itu sudah mendapat perhatian penonton hampir lebih 83,000 tontonan.

Rata-rata komen yang ditinggalkan penonton adalah bakat Diana yang akan lebih bersinar jika digilap serta kebolehan pelakon drama Raisha itu menyanyi setaraf penyanyi antarabangsa.

The post Bakat Pernah Dihina, Diana Danielle Kini Bersedia Bergelar Penyanyi first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.