Ads Top

Main Ad

Batuk Dan Menggigil, Tiz Zaqyah Positif COVID-19

Pelakon jelita, Tiz Zaqyah berkongsi khabar yang menyedihkan di Instagram bahawa dirinya disahkan positif COVID-19 semalam.

Tiz Zaqyah memberitahu, dia terlebih dahulu menerima berita itu apabila mendapat panggilan daripada pihak hospital dan memberitahu dirinya keputusan COVID-19 yang dilakukan disahkan positif.

Advertisement
Tiz zaqyah

Tiz Zaqyah disahkan positif COVID-19 semalam.

Hari ini (9 Mei), sekitar jam 8:30 pagi tadi, saya menerima panggilan dari Subang Jaya Medical Center memaklumkan keputusan ujian COVID-19 yang saya buat adalah positif.

Pelakon drama Nur Kasih itu juga berkata dia dinasihati untuk menjalankan proses kuarantin di rumahnya mulai semalam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ??? ?????? ????? (@tiz.zaqyah)

Tiz Zaqyah berkata lagi dia mula berasa tidak selesa dan ada sesuatu yang tidak kena selepas mengalami batuk dan mengigil.

Pelakon tersebut tidak lupa untuk menasihati pengikutnya agar segera membuat pemeriksaan kesihatan jika mengalami simptom yang menandakan COVID-19 dan tidak mengambil mudah perkara ini.

The post Batuk Dan Menggigil, Tiz Zaqyah Positif COVID-19 first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.