Ads Top

Main Ad

Beri Kejutan Hadiah Istimewa, Afieq Shazwan Masih Lagi ‘Teman Tapi Mesra’ Bersama Wani Kayrie

Pelakon dan juga penyanyi, Afieq Shazwan memberitahu bahawa dia ada memberi kejutan istimewa buat penyanyi Wani Kayrie sempena ulang tahun hari jadinya, baru-baru ini.

Mengakui hubungannya dengan Wani kini hanya sekadar ‘teman tapi mesra’, Afieq berkata kewujudan Wani di sisi merupakan cukup istimewa dalam kehidupannya.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by AFIEQ SHAZWAN (@afieq.shzwn)

Meskipun belum melangkah ke fasa bercinta, Afieq menjelaskan bahawa perhubungannya dengan Wani baik-baik sahaja dan tiada perbalahan meskipun pernah dihimpit kontroversi pada suatu ketika dahulu.

Afieq juga mendedahkan bahawa dia ada memberi hadiah istimewa namun enggan memberitahu apakah sebenarnya hadiah tersebut.

“Ini kali pertama saya berikan hadiah istimewa yang juga salah satu barangan kesukaan Wani. Saya sekadar cuba buat kejutan untuknya..” ujarnya ketika dihubungi sebuah media.

View this post on Instagram

A post shared by AFIEQ SHAZWAN (@afieq.shzwn)

Advertisement

Dia dalam pada itu turut memaklumkan bahawa mereka berdua kini lebih selesa untuk bersahabat kerana masing-masing mempunyai tanggungjawab kerja dan ingin fokus kepada kehidupan masing-masing.

“Buat masa ini, Alhamdullilah hubungan kami baik. Malah, kami juga dikelilingi rakan-rakan yang sama. Jadi tiada masalah untuk saya dan Wani berkawan dengan sesiapa sahaja.”

Terdahulu, hubungan Afieq dan Wani mula terjalin mesra ketika mereka berdua menyertai program nyanyian Big Stage musim pertama.

View this post on Instagram

A post shared by AFIEQ SHAZWAN (@afieq.shzwn)

Semenjak itu, muncul ura-ura yang mengatakan mereka berdua sedang menjalin cinta kerana masing-masing sering memuat naik foto dan video bersama di akaun media sosial.

The post Beri Kejutan Hadiah Istimewa, Afieq Shazwan Masih Lagi ‘Teman Tapi Mesra’ Bersama Wani Kayrie first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.