Ads Top

Main Ad

Buat Video Alasan Rentas Negeri, Instafamous Hafiz Mahamad Undang Kecaman Netizen

Buat hal lagi, personaliti media sosial Hafiz Mahamad kembali mengundang kecaman netizen apabila dia tampil dengan sebuah video baharu yang melibatkan tiga orang barisan petugas hadapan (frontliners).

Dalam video tersebut yang tular semalam di media sosial tersebut, Hafiz menunjukkan lima alasan rentas negeri yang selalu digunakan orang ramai agar dapat pulang ke kampung bagi menyambut hari raya Aidilfitri.

Advertisement

Video tersebut mengundang pelbagai respon daripada pengguna media sosial di mana cara penyampaian mesej yang ‘entah apa-apa’ di samping melibatkan pihak berkuasa.

View this post on Instagram

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

“Alasan ‘Rentas Negeri’ nombor berapa paling sakit hati dalam video ini? Tahun ini pasti banyak alasan pelik-pelik orang nak rentas negeri bali raya. Macam mana la kita semua tahun ni ya, semua rindu nak balik kampung kan? Bukan kita je, frontliner pun semua rindu kampung. Sabar tau sahabat semua!” tulis Hafiz di ruangan kapsyen video tersebut.

Malah, yang menaikkan kemarahan netizen apabila usahawan tersebut turut tidak memakai pelitup muka sepanjang penggambaran video tersebut.

Hafiz MahamadSumber : Twitter  

Oleh disebabkan itu, ramai pengguna media sosial meminta pihak berkuasa agar membuat siasatan mengenai perkara terbabit dan ada juga yang meminta netizen berhenti memberi pendedahan mengenai usahawan tersebut di laman maya.

Terdahulu, isteri kepada Instafamous Syafiqah Aina ini pernah dikecam kerana didakwa tidak sensitif kerana merakam proses pengebumian sahabatnya yang telah meninggal dunia pada Disember lalu.

The post Buat Video Alasan Rentas Negeri, Instafamous Hafiz Mahamad Undang Kecaman Netizen first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.