Ads Top

Main Ad

‘Bunga Bukan Sekuntum, Maruah Jela Kena Jaga’ – Bekas Suami Zarina Anjoulie

Pelakon dan selebriti media sosial, Zarina Anjoulie menerusi perkongsian di Instagram mengesahkan dirinya kini sudah bercerai buat kali kedua dengan suami, Eilyas Azhar. Susulan itu, Zarina atau lebih mesra disapa Anju menuntut bekas suami memulangkan kembali telefon bimbit dan beg berjenama pemberiannya.

BACA: “Aku Bukan Sugar Mummy Kau Ya!” Zarina Anjoulie Minta Bekas Suami Pulangkan Telefon Dan Beg Gucci

Advertisement

Tidak hanya mendiamkan diri, bekas suami di Instagram Story dilihat turut mengesahkan penceraian. Dakwanya, dia sudah banyak bersabar dan kini masanya untuk dia fokus kepada diri sendiri sahaja.

Katanya lagi, sebelum ini dia sudah banyak kali memberi muka kepada bekas isterinya itu. Dia berharap dengan penceraian ini mereka boleh hidup dengan tenang.

Mengenai kritikan asyik berkahwin cerai dan kebudak-budakan, Yas berkata hanya Allah SWT dan keluarga terdekat sahaja yang tahu apa sebenarnya yang terjadi. Tiada siapa salah dan siapa betul kerana hal ini bukanlah pertandingan.

Menceritakan dengan lebih lanjut, Yas berkata beg berjenama yang dituntut kembali adalah pemberian bekas isteri tanpa diminta. Dia juga telah memulangkan kembali beg selepas cerai buat kali pertama. Namun, katanya dia dipaksa mengambil beg selepas mereka rujuk.

Mengenai dakwaan sugar mummy, Yas menegaskan dia juga bekerja dan ada memberi duit nafkah kepada bekas isteri. Dia juga tidak mengharapkan duit bekas isteri walaupun satu sen.

The post ‘Bunga Bukan Sekuntum, Maruah Jela Kena Jaga’ – Bekas Suami Zarina Anjoulie first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.