Ads Top

Main Ad

Contohi Indonesia, Nourul Depp Saran Pemberian Vaksin Melalui Klinik Desa

Penyanyi Nourul Depp menerusi sebuah hantaran di laman Twitternya tampil memberi pendapat dan cadangan kepada Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang dilaksanakan kerajaan dalam menangani penularan wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan kala ini.

Melihatkan proses pemberian vaksin yang agak kucar-kacir sehingga menimbulkan perasaan amarah kepada rakyat Malaysia sebelum ini, Nourul berkata bahawa pihak bertanggungjawab boleh mencontohi negara seberang, Indonesia dalam menguruskan hal tersebut.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp)

Dia juga menyarankan agar PPV tidak terus merumitkan pemberian vaksin kepada rakyat menerusi pendaftaran melalui aplikasi kerana masih ada yang tidak tahu menggunakannya terutamanya golongan warga emas.

Twitter Nourul Wahab DeppSumber : Twitter Nourul Wahab Depp  

Nourul menerusi twitnya itu telah memberi cadangan kepada PPV untuk menjalankan program vaksinasi di cawangan Klinik Desa yang berada di setiap negeri dan daerah agar proses pemberian vaksin itu lebih pantas dan mencapai sasaran.

Penyanyi lagu Kerana Terluka ini turut meluahkan rasa kagum dengan pengedaran vaksin di Indonesia yang dilihat lebih efisien berbanding Malaysia.

View this post on Instagram

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp)

Sebelum ini, pihak kerajaan telah memutuskan untuk menjalankan program vaksinasi secara berperingkat dengan membuka permohonan kepada rakyat Malaysia melalui laman web PPV dan juga menerusi aplikasi MySejahtera.

 

The post Contohi Indonesia, Nourul Depp Saran Pemberian Vaksin Melalui Klinik Desa first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.