Ads Top

Main Ad

“Dah Macam Hunger Games!” Tak Dapat Daftar, Artis Wanita Ini Luah Perasaan Kecewa Dengan Sistem Web Daftar Vaksin

Pendaftaran vaksin AstraZeneca fasa kedua yang telah berlangsung semalam ternyata telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada rakyat Malaysia yang rata-ratanya gagal untuk mendaftar kerana kelemahan teknikal laman web khas untuk pendaftaran tersebut.

Bukan sahaja netizen, malah selebriti tempatan turut menzahirkan rasa bengang dan kecewa kerana gagal untuk mendapat tempat dalam program vaksinasi tersebut.

Manakan tidaknya, ramai yang memaklumkan bahawa mereka tersekat di butang daftar dan pemilihan negeri dalam laman web tersebut lantas membuatkan orang ramai berputus asa dan merasakan tiada harapan untuk mendaftar.

Meninjau ruangan Instagram selebriti, pelakon Sweet Qismina turut meluahkan rasa tidak puas hati dengan capaian laman web pendaftaran vaksin yang berdepan masalah untuk menekan butang negeri.

Manakala penyanyi Daiyan Trisha juga berasa kecewa kerana melihatkan rakyat yang terpaksa berebut-rebut untuk mendapatkan slot suntikan vaksin.

Daiyan Trisha IGSumber : Instagram Daiyan Trisha  

“Sedih dan kecewa. Kenapa sampai macam ni rakyat nak kena berebut vaksin? Bermacam-macam jenis penindasan nak kena hadap. Lepas satu, tambah lagi satu. Sampai bila? Sejauh mana? Saya hilang kata-kata dan sudah tidak boleh memikirkannya lagi..” ujar Daiyan.

Pelakon Tentang Bulan, Fatin Afeefa juga hairan dengan semua orang yang terpaksa berebut hanya kerana mahu dilindungi daripada penyakit.

Fatin Afeefa IGSumber : Instagram Fatin Afeefa  

“Laman web dengan kos RM70 juta. Tak faham kenapa sampai perlu berebut? Ini bukan Hunger Games. Saya sedang berjuang untuk kesihatan saya. Apa yang saya perlukan cuma vaksin. Jika kena bayar, tidak mengapa.”

Bagi Misha Omar pula, dia juga memaklumkan gagal untuk mendaftar kerana masalah teknikal yang dialami semalam.

Meskipun sudah mencubanya berulang kali, namun Misha dan suami masih gagal dan turut merasakan seperti dipermainkan perasaan kerana dimaklumkan bahawa tarikh sudah penuh meskipun butang pilihan berwarna hijau yang bermaksud masih ada slot untuk ditempah.

View this post on Instagram

A post shared by Misha Omar (@mishaomar)

Advertisement

Dia dalam pada itu sempat memberi nasihat kepada masyarakat agar terus menjaga diri sendiri dan orang sekeliling dalam menghadapai cabaran wabak membunuh ini.

The post “Dah Macam Hunger Games!” Tak Dapat Daftar, Artis Wanita Ini Luah Perasaan Kecewa Dengan Sistem Web Daftar Vaksin first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.