Ads Top

Main Ad

Dapat Kebenaran Rentas Negeri Urus Ikan Arowana, Jamal Abdillah Tak Akan Ambil Kesempatan

Kelonggaran yang diberikan untuk merentas negeri bagi menguruskan ladang ternakan ikan milinya yang terletak di negeri Perak membuatkan penyanyi lagenda negara, Datuk Jamal Abdillah tidak akan mengambil kesempatan di atas kebenaran tersebut untuk bersuka-ria.

Jamal atau nama sebenarnya, Jamal Ubadillah Mohd Ali,62, menjelaskan bahawa kebenaran yang diberikan pihak berkuasa itu akan digunakan sebaik-baiknya dalam menguruskan perusahaan dan bukanlah untuk tujuan peribadi.

Advertisement

Difahamkan, Jamal kini mempunyai perusahaan mengusahakan ladang ikan arowana yang terletak di Bukit Merah, Perak.

View this post on Instagram

A post shared by Jamal Abdillah (@jamalabdillahofficial)

“Jadi memang keraplah saya bergerak dari Shah Alam ke Perak..buat masa ini tiada halangan untuk menguruskan ladang kerana saya ada surat kebenaran untuk bergerak bila-bila masa. Mudahlah untuk saya uruskan perniagaan.. saya memang guna kebenaran itu untuk urusan kerja sepenuhnya, tak pergi mana-mana. Saya pun ada rumah di Ipoh, jadi lebih mudah urus kerja…”

Advertisement

Dia yang ditemui media baru-baru ini di sebuah program amal bertempat di Kuala Lumpur turut memberi sedikit pendapat mengenai sikap sesetengah individu yang menggunakan alasan kerja sebagai alasan untuk rentas negeri tetapi melakukan perkara yang sebaliknya seperti bercuti.

Ujar Jamal, perkara itu terpulang kepada diri sendiri namun haruslah bersedia menerima akibat dan kesan termasuklah cacian netizen dan dikompaun pihak berkuasa jika didapati bersalah.

“Saya ada baca tentang isu rentas negeri yang membabitkan selebriti sebelum ini. Bagi saya itu atas diri sendiri. Sebagai selebriti kalau anda buat benda salah, jadi kena bersedialah terima apa jua akibatnya..ini semua pilihan sendiri..” ujarnya mengakhiri temubual.

The post Dapat Kebenaran Rentas Negeri Urus Ikan Arowana, Jamal Abdillah Tak Akan Ambil Kesempatan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.