Ads Top

Main Ad

Diganggu Akaun Gemar Edit Foto B*gel Letak Wajah Artis Wanita, Wan Sharmila Buat Laporan SKMM

Pelakon Wan Sharmila menerusi sebuah hantaran di Instagramnya ada mendedahkan sebuah akaun palsu yang dikendalikan individu tidak bertanggungjawab telah menyunting gambar yang tidak sepatutnya.

Menurut Wan Sharmila atau lebih dikenali sebagai Lala, akaun tersebut telah menyunting foto artis wanita tempatan dan meletakkan wajah mereka pada gambar yang memaparkan tubuh bogel.

Advertisement

Kata pelakon 7 Hari Mencintaiku ini lagi, dia sudah pun membuat aduan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan seterusnya.

Antara artis wanita yang menjadi mangsa individu tidak bertanggungjawab itu adalah Mira Filzah dan ramai lagi.

Meninjau ruangan komen, cef selebriti Anis Nabilah memaklumkan bahawa dia turut mengalami perkara yang sama dan turut membuat laporan pada SKMM dan akan membawa perkara tersebut ke pengetahuan pihak polis.

IG Wan SharmilaSumber : Instagram Wan Sharmila  

The post Diganggu Akaun Gemar Edit Foto B*gel Letak Wajah Artis Wanita, Wan Sharmila Buat Laporan SKMM first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.