Ads Top

Main Ad

Ditanya Mengapa Dah Lama Tak Hasilkan Filem ‘Berkualiti’, Ini Respon Aziz M Osman

Bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan filem tempatan, karya terbitan penerbit tersohor, Aziz M Osman antara yang paling menggamit memori. Boleh dikatakan peminat-peminatnya pada hari ini merindui karya-karya pecah panggung yang pernah dihasilkannya dahulu.

Menjawab kepada persoalan seorang individu di Twitter, Aziz M Osman berkata beliau mempunyai sebab tersendiri mengapa tidak lagi mengarah filem berkualiti seperti dahulu.

Advertisement

Jelasnya, filem ‘berkualiti’ pada hari ini tidak boleh menampung perbelanjaan isi rumah.

Beliau memberi contoh karya berkualiti One Two Jaga yang kurang mendapat perhatian.
Di ruangan komen, peminat meluahkan rasa rindu menonton filem menggamit memori sewaktu kecil. Antara yang menjadi tumpuan adalah Leftenan Adnan, XX Ray, Fenomena, Puteri Impian dan banyak lagi.
Powered by Blogger.