Ads Top

Main Ad

“Drama Syok Sendiri Itu Bukan Untuk Drama Nur..” – Zed Zaidi

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Zed Zaidi tampil menafikan bahawa kenyataan mengenai drama ‘Syok Sendiri’ itu merujuk kepada drama Nur yang kini ditayangkan di stesen televisyen Indonesia, baru-baru ini.

Perkara tersebut dimaklumkan Zed menerusi sebuah siaran langsung di Facebook di mana dia menjelaskan bahawa kenyataan kontroversi tersebut sebenarnya dibuat secara menyeluruh terhadap drama tempatan yang kurang berkualiti.

Advertisement

Ujarnya lagi, naskah arahan pengarah Shahrulezad itu sememangnya menarik dan dia pun ada menonton, malahan turut berasa bangga jika diberikan peluang untuk menjadi salah seorang pelakon drama tersebut.

View this post on Instagram

A post shared by Zed Zaidi (@rozaidijamil)

“Kenyataan saya tidak ditujukan langsung kepada drama Nur. Saya menjawab soalan yang diberikan wartawan itu berkaitan ‘drama syok sendiri’ secara menyeluruh dan tidak ditujukan pada drama Nur.”

Tambah Zed Zaidi lagi, sebagai presiden SENIMAN, dia sentiasa menyokong produk drama tempatan dan juga sentiasa memperjuangakn artis-artis kelahiran industri tanah air.

Advertisement
Nur Syok Sendiri Zed ZaidiSumber : Google  

“Ia tak ditujukan pun kepada drama Nur. Tapi sekarang kenyataan saya menjadi hangat apabila penerbit dan pengarah serta pelakon drama itu turut mengeluarkan kenyataan. Malah saya juga dikecam..” katanya lagi.

Menurut pelakon filem Sembilu ini lagi, dia sebenarnya berasa bangga apabila mengetahui drama Nur berjaya menembusi siaran negara seberang kerana ianya bukan sesuatu yang mudah untuk dicapai.

Terdahulu, pengarah drama Nur iaitu Shahrulezad tampil membidak kenyataan Zed yang mengatakan karya yang dihasilkannya bukanlah semata-mata syok sendiri tapi di atas pemintaan peminat drama Melayu.

Drama yang dibintangi pelakon hebat seperti Amyra Rosli dan Syafiq Kyle itu sebelum ini telah dihentikan tayangan kerana kurang mendapat sambutan namun disambung semula setelah desakan peminat drama di Indonesia yang menggesa ianya ditayangkan semula.

The post “Drama Syok Sendiri Itu Bukan Untuk Drama Nur..” – Zed Zaidi first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.