Ads Top

Main Ad

Edit Sendiri Poster Filem, Hairul Azreen Dikritik -“Tengok Poster Pun Dah Tahu Kualiti Cerita Dia..”

Belum lagi menemui penonton di pawagam, filem pertama arahan Hairul Azreen berjudul Ada Hantu telah dikritik netizen apabila poster rasmi filem tersebut dianggap sebagai buruk dan kurang sesuai dijadikan bahan promosi untuk menarik minat penonton.

Perkara tersebut dibangkitkan oleh seorang pengkritik filem popular di laman Twitter, @Zhafblog yang berpendapat suami kepada personaliti media sosial Hanis Zalikha itu sepatutnya menggunakan khidmat pereka grafik yang selayaknya.

Advertisement

Ujar Zhaf, dia ada menghantar mesej peribadi kepada Hairul bagi mendapatkan jawapan tentang siapa yang bertanggungjawab terhadap pembuatan poster tersebut.

Menerusi paparan skrin yang dimuat naik pengkritik filem tersebut, Hairul mengakui memang dia yang menyunting sendiri poster berkenaan.

“Hehehe saya edit sendiri tau. Kita pengarah, power kan arahan pertama masuk original disney plus pertama. Takpe nanti tengok konsep movie ni..” jawab Hairul.

Walaubagaimanapun, Hairul menjelaskan bahawa ada sebab poster berkenaan diedit seperti itu kerana ingin penonton memahami konsep yang ingin disampaikan selepas menonton filem berkenaan.

Hairul Azreen Zhaf BlogSumber : Twitter Zhafblog  

Terdahulu, filem Ada Hantu akan menemui penonton menerusi platform penstriman Disney Plus Hotstar Malaysia pada bulan Ogos nanti.

Selain menjadi pengarah, Hairul turut berlakon sama dalam naskah arahannya itu dan antara pelakon yang turut membintangi filem tersebut adalah Zahiril Adzim, Shiqin Kamal, Elvina Chua dan Nafiez Zaidi.

The post Edit Sendiri Poster Filem, Hairul Azreen Dikritik -“Tengok Poster Pun Dah Tahu Kualiti Cerita Dia..” first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.