Ads Top

Main Ad

Eina Azman Didakwa Potong Barisan Untuk Vaksin, Pengarah Hospital Beri Penjelasan

Semalam kecoh di laman sosial apabila seorang selebriti bersama pasangannya didakwa memotong barisan untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

BACA: Didakwa Rentas Negeri Dan Potong Barisan, Eina Azman Padam Foto Papar Dirinya Sudah Divaksin Di Instagram

Advertisement

Perkara tersebut mula menjadi perdebatan apabila selebriti itu memuat naik dua keping gambar ketika mendapatkan suntikan dos pertama dipercayai di sebuah hospital di Ipoh. Walau bagaimanapun, gambar tersebut dipadam tidak lama kemudian.

Terbaru, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi hantaran di Facebook memberi maklum balas mengenai isu yang timbul. Berdasarkan semakan, kelayakan suntikan vaksin kepada pasangan tersebut adalah berdasarkan rujukan doktor pakar yang telah merawat pasangan ini di atas masalah kesihatan dan komorbid yang dihadapi oleh mereka.

Maklum balas berkenaan dakwaan potong barisan vaksin di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh oleh seorang artis tempatan dan pasangan.
Berdasarkan semakan, kelayakan pemberian suntikan vaksin kepada pasangan tersebut adalah berdasarkan kepada rujukan oleh doktor pakar yang telah merawat pasangan ini atas masalah kesihatan dan komorbid yang dihadapi oleh mereka.
Tiada isu “potong barisan” dalam pemberian suntikan vaksin ini dan pasangan ini telah dimasukkan ke dalam senarai penerima vaksin atas nasihat doktor pakar yang merawat kerana pesakit dikategorikan sebagai golongan yang berisiko tinggi.
Pasangan ini telah menerima suntikan vaksin Covid-19 di PPV, Hospital Raja Permaisuri Bainun pada 25 Mei 2021. Kenyataan penuh Pengarah HRPB, Dr Abdul Malek Osman.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Pengarah Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh Perak itu lagi, tiada isu potong barisan dalam pemberian suntikan vaksin Covid-19. Pasangan ini telah dimasukkan ke dalam senarai penerima vaksin atas nasihat doktor pakar kerana pesakit dikategorikan sebagai golongan yang berisiko tinggi.

Powered by Blogger.