Ads Top

Main Ad

“Gaduh Cerai Gaduh Cerai Pun Mengandung Lagi..” Muat Naik Gambar Bayi, PU Abu Dikritik Netizen

Penceramah bebas yang sering saja terpalit dengan kontroversi rumah tangga, PU Abu Sufyan khabarnya telah menerima cahaya mata baru, kelmarin.

Berita gembira itu dikongsikan Abu menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk tatapan peminat dan pengikut media sosialnya.

Advertisement

“Segala pujian bagi Allah di atas pemberian ini. Welcome to the world my hero.. Abi love you and all mu kids..” tulis PU Abu di ruangan kapsyen sambil menunjukkan gambar sebelah muka cahaya mata terbarunya itu.

Meskipun tidak mendedahkan sepenuhnya identiti bayi itu, ramai membuat dakwaan bahawa anak itu merupakan hasil perkongsian hidup antaran Abu dan isterinya Ain Afini yang kembali rujuk sekitar dua tahun yang lalu.

“Betullah Ain pregnant. Itu hari dah perasan hint hint. Ain pun dah lama tak selfie..” tulis seorang pengguna media sosial.

Advertisement

Dalam pada itu, ada juga yang memberi nasihat kepada PU Abu agar menghebahkan status perkahwinannya yang terkini bersama Ain kerana dapat mengelakkan fitnah.

Namun ada juga yang merasakan tindakan Abu itu betul kerana dapat mengurangkan spekulasi daripada orang ramai dan ianya juga bersifat privasi untuk dihebah-hebahkan.

Terdahulu, Abu atau nama sebenarnya Muhammad Abu Sufyan Bin Mohd Mokhtar Rozaidi pernah menceraikan Ain ketika wanita itu sedang sarat hamil anak sulung mereka sekitar Mac 2019 menerusi Whatsapp.

Abu kemudiannya bernikah dengan seorang usahawan wanita bernama Hana Azraa pada tahun 2019 namun dikatakan bercerai setahun kemudian.

The post “Gaduh Cerai Gaduh Cerai Pun Mengandung Lagi..” Muat Naik Gambar Bayi, PU Abu Dikritik Netizen first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.