Ads Top

Main Ad

Gara-Gara UPSR Dimansuhkan, Suhaimi Saad Suruh Masyarakat ‘Makan’ Sijil UPSR Dan PT3

Siapa tidak kenal bekas penyanyi kumpulan In-Team, Suhaimi Saad yang lantang menyuarakan pendirian menolak vaksin dan tidak menghantar anak-anaknya ke sekolah.

Mempunyai sebab sendiri memilih untuk tidak menghantar kesemua anaknya untuk mendapatkan pendidikan sempurna, dia baru-baru ini kembali mencetuskan kontroversi gara-gara pemansuhan peperiksaan UPSR dan PT3.

Advertisement

Ujar Suhaimi dalam sebuah hantaran di Instagram miliknya, dia berkata bahawa keputusan untuk tidak menghantar anak-anak ke sekolah adalah langkah yang tepat.

Ini kerana, susulan kerajaan memansuhkan peperiksaan penting itu membuktikan manusia seharusnya tidak bergantung harap kepada sijil pelajaran semata-mata namun perlu yakin akan rezeki tuhan.

Advertisement

“Sekarang makan la sijil UPSR dan PT3 ampa tu. Bukalah minda, hidup mati kita kena bergantung harap pada tuhan. Bukan makhluk. Jangan rasa hidup boleh berjaya dengan satu cara saja, cara yang paling betul adalah cara Allah dan nabi tunjukkan. La ilaha illAllah..”

Tambah suami kepada penyanyi Ina Naim ini, kejayaan seseorang itu bukanlah hanya bergantung kepada satu bidang semata-mata namun masih banyak cabang lain yang boleh diterokai.

The post Gara-Gara UPSR Dimansuhkan, Suhaimi Saad Suruh Masyarakat ‘Makan’ Sijil UPSR Dan PT3 first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.