Ads Top

Main Ad

Hulur Sumbangan Untuk Rakyat Palestin, Ebit Lew Terbang Ke Gaza

Pendakwah selebriti terkenal, Ebit Lew dilaporkan telah berangkat ke luar negara berikutan misi kemanusiaan yang disertainya untuk memberi sumbangan kepada rakyat Palestin.

Perkara tersebut dimaklum Ebit Lew menerusi sebuah hantaran terbaru di akaun Instagram miliknya, kelmarin.

View this post on Instagram

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Dalam entrinya itu, dia berharap agar perjalanannya ke negara bergolak itu dipermudahkan urusan oleh Allah S.W.T.

Ebit juga turut menzahirkan ucapan terima kasih buat Perdana Menteri, Dato’Seri Hishamuddin Hussein, Wisma Putra dan juga DYAM Tengku Mahkota Johor yang turut membantu dan memberi semangat untuknya menerusikan misi kemanusiaan tersebut.

View this post on Instagram

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Advertisement

“Pohon doakan yer Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin. Semoga Allah bantu dan mudahkan semuanya. Ya Allah bantulah misi kami ini ya Allah. Hanya kepadaMu kami bergantung dan berserah..” tulis Ebit di hantaran Instagramnya itu.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut media sosial pendakwah tersebut tampil mengucapkan selamat jalan serta mendoakan agar keselamatan Ebit Lew dilindungi dan dirahmati.

The post Hulur Sumbangan Untuk Rakyat Palestin, Ebit Lew Terbang Ke Gaza first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.