Ads Top

Main Ad

“Ia Satu Pengalaman Yang Mencabar..” PU Riz Dedah Pengalaman Bergelar Suami Pada Neelofa

Pelakon dan juga pendakwah PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail,26, ada mendedahkan mengenai pengalamannya sepanjang bergelar suami kepada selebriti terkenal, Noor Neelofa.

Ujar Haris, isterinya itu sudah lama bergelar ‘lady boss‘ jadi pengalaman bergelar suami kepada Neelofa adalah suatu pengalaman yang mencabar buat dirinya.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Kata bekas peserta Pencetus Ummah itu lagi, kehidupan berumah tangga pastinya ada saat sukar dan senang kerana ianya lumrah.

“Maklumlah, dia adalah seorang wanita yang sudah lama bergelar boss. Jadi apabila sudah bersuami, jihad untuk dia taat kepada suami. Namun kesukaran menjaga Neelofa tidaklah banyak, cuma perlu masa untuk dia sesuaikan diri..”

Dia dan Neelofa tampil membuat pendedahan itu ketika sesi Instagram Live bersama peminat, baru-baru ini namun dipadam tidak lama kemudian.

View this post on Instagram

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

Advertisement

Sementara itu, bagi Neelofa pula, menjadi seorang isteri mewajibkan dirinya taat kepada suami dalam apa jua keadaan sekalipun.

Jelasnya lagi, kehidupan sebelum kahwin sangatlah berbeza di mana dia mempunyai ramai pekerja di bawah seliaannya dan dia juga sangat komited untuk menjaga syarikat-syarikat yang diusahakannya.

View this post on Instagram

A post shared by Neelofa (@neelofa)

“Tapi bila ada suami dalam hidup, kita perlu wajib taat. Walaupun untuk menyesuaikan hidup daripada zaman bujang ke alam perkahwinan bukan senang, tapi saya cuba sebaik mungkin..”

Kini, maklum Neelofa mereka berdua sudah dapat menyesuaikan diri sebagai pasangan suami isteri.

Terdahulu, Neelofa dan PU Riz telah selamat mendirikan rumah tangga dalam sebuah majlis pernikahan gilang-gemilang yang diadakan pada 27 Mac lalu di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

The post “Ia Satu Pengalaman Yang Mencabar..” PU Riz Dedah Pengalaman Bergelar Suami Pada Neelofa first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.