Ads Top

Main Ad

Intan Saleh Akui Masih Belum Bersedia Maafkan Izreen Azminda

Walaupun sudah dipertemukan ketika rakaman Melodi Raya baru-baru ini, bekas madu Izreen Azminda iaitu Intan Saleh mengakui masih belum bersedia untuk memaafkan pelakon tersebut.

BACA: Izreen Azminda Bersyukur Dapat Mohon Maaf Kepada Intan Saleh, Bekas Isteri Suaminya

Advertisement

Sebelum ini hanya membisu kan diri, Intan sudah menjelaskan kepada pihak Melodi yang menjemputnya untuk tampil sekali bersama Izreen untuk segmen Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih.

Intan SalehSumber : Instagram Intan Saleh  

Katanya ketika ditemubual oleh Harian Metro,

Ingin dijelaskan sebelum bersetuju saya juga ada bertanya kepada pihak Melodi adakah akan berlaku sesi bermaafan, kerana seandainya ada saya belum bersedia untuk itu. Dan, saya diberitahu tidak akan ada sesi terbabit (bermaafan) dan sekadar datang sebagai jemputan.

Sebagai orang biasa yang bukan berada dalam dunia hiburan, pemahaman saya adalah sekadar jemputan sahaja dan bukan untuk ditemubual. Tapi, apabila ia berlaku, saya jadi canggung di atas pentas serta di hadapan kamera kerana tidak bersedia.

Menurut Intan baru sekarang dia bersuara mengenai hal ini selepas menjadi bahan warganet mengenai reaksinya yang canggung ketika segmen itu berlangsung.

Tambahnya lagi, buat masa sekarang ini biarlah keadaan berjalan seperti biasa dimana masing-masing membuat haluan hidup sendiri dan merasakan itu adalah jalan yang paling baik untuk kedua-dua pihak.

The post Intan Saleh Akui Masih Belum Bersedia Maafkan Izreen Azminda first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.