Ads Top

Main Ad

“Itu Nyawa Orang Bukan Anak Ayam..” Dianggap Tidak Pandai Bergurau, Naim Daniel Kesal Angka Kes Nak Capai 10,000 Sehari

Penyanyi dan juga pelakon, Naim Daniel meluahkan rasa kesal apabila wujud segelintir netizen yang seolah-olah mempermainkan bilangan kes harian COVID-19 yang semakin meningkat dan menganggapnya sebagai jenaka sehingga tular di media sosial.

Ujar Naim atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Bahrin,24, hal-hal yang melibatkan nyawa tidak sepatutnya dijadikan bahan gurauan serta lawak oleh netizen.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx)

Ini berikutan tanda pagar #roadto10k yang merujuk kepada bilangan kes harian COVID-19 yang kini sudah hampir mencecah 10,000 sehari.

View this post on Instagram

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx)

“Semalam (Sabtu) saya tengok hashtag #roadto10k menjadi trending..saya faham netizen cuba jadi sarkastik tapi tolonglah sedar yang kamu cakapkan itu melibatkan nyawa orang. Nyawa 10,000 tu bukan anak ayam ya, tapi nyawa orang..dalam 10,000 itu, ada ibu,bapa, adik beradik dan rakan-rakan seseorang.”

Advertisement

Tambah penyanyi lagu Purnama itu lagi, untuk menjadi sarkastik itu tidak menjadi masalah namun tidak perlu berjenaka atas pertaruhan nyawa orang lain.

Perkara tersebut dizahirkan Naim menerusi sebuah video di Instagramnya sebagai respon kepada tanda pagar yang tular di media sosial itu.

View this post on Instagram

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx)

Dalam pada itu, Naim memberitahu bahawa ada segelintir netizen yang menggelarkannya sebagai ‘pembaris’ atau terlalu lurus kerana tidak boleh menerima gurauan namun baginya, perlulah meletakkan sensitiviti apabila bergurau di tempat yang sepatutunya sebelum memuat naik sesuatu hantaran di media sosial.

Bagi saya senang, kalau tiada benda baik yang nak dikatakan lebih baik kita berdiam sahaja..” ujarnya lagi.

Sementara itu, perlaksanaan ‘total lockdown’ yang akan dilaksanakan bermula 1 Jun hingga 14 Jun ini sangat disambut baik oleh Naim dan dia turut menitipkan nasihat kepada masyarakat agar sentiasa bertanggungjawab terhadap diri sendiri dalam usaha untuk melandaikan kes COVID-19 di negara ini.

The post “Itu Nyawa Orang Bukan Anak Ayam..” Dianggap Tidak Pandai Bergurau, Naim Daniel Kesal Angka Kes Nak Capai 10,000 Sehari first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.