Ads Top

Main Ad

“Jadi Kambing Hitam Ke?” – Netizen Tak Percaya Penjelasan Pengurus Media Sosial Noor Kartini

Masih lagi heboh mengenai kes Noor Kartini yang dikecam ramai apabila memuat naik ayat yang seperti mempersoalkan sistem raja perlembagaan menerusi Insta Story miliknya kelmarin.

Walaubagaimanapun, ibu Neelofa itu telah pun tampil memohon maaf selain menjelaskan bahawa entri itu dibuat oleh pengurus media sosialnya dan dia langsung tidak tahu menahu mengenainya.

Advertisement

BACA: “Ianya Kecuaian Pengurus Media Sosial Saya..” Noor Kartini Mohon Maaf Kerana Pertikai Sistem Raja Di Instagram

Malah staf berkenaan iaitu Zulshafiqah turut memuat naik permohonan maaf atas kesilapannya itu. Namun dia menegaskan bahawa penulisan tersebut bukanlah ditulis olehnya mahupun Noor Kartini tapi sebaliknya diambil daripada sumber lain sebagai rujukan peribadi sahaja.

View this post on Instagram

A post shared by Eyka (@zulshafiqah)

Advertisement

Meskipun sudah memohon maaf, namun rata-rata netizen seperti tidak mempercayai dengan cerita Zulshafiqah berkenaan. Bertambah menghairankan kerana akaun Instagram miliknya itu nampak kosong dan tidak menggambarkan seperti dia bekerja dengan keluarga Noor Kartini.

Walaupun ruangan komen entri berkenaan ditutup, netizen sempat meluangkan masa di entri lain pengurus media sosial tersebut dan mempersoalkan kredibiliti insiden berkenaan.

noor kartini noor kartini noor kartini noor kartini noor kartini noor kartini noor kartini noor kartini

Habis netizen selongkar semua…

The post “Jadi Kambing Hitam Ke?” – Netizen Tak Percaya Penjelasan Pengurus Media Sosial Noor Kartini first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.