Ads Top

Main Ad

‘Kek Paling Tak Sedap!’ – Fazley Yaakob Anggap Komen Biadap Sebagai Teguran Untuk Dirinya

Penyanyi dan chef selebriti, Dato’ Fazley Yaakob tidak cepat melatah apabila beliau membalas kritikan biadap dari seorang individu mengenai masakannya.

Fazley beranggapan kritikan tersebut hanyalah teguran untuk dirinya memperbaiki dengan lebih baik hasil air tangannya di masa hadapan.

Advertisement
fazley yaakobSumber : Instagram Dato' Fazley Yaakob  

Menurut Fazley dalam sebuah hantaran di Instagramnya,

Beginilah, saya yakin beliau berniat baik. Mungkin itu adalah cara beliau untuk menegur saya supaya berusaha lebih baik menghasilkan kek batik tersebut, mungkin juga ianya cara beliau untuk mempromosikan produk tempatan untuk support saya, mungkin juga ianya cara beliau untuk bergurau dengan teman-teman. Saya lebih gemar bersangka baik daripada mengambil hati.

 

Dalam pada masa yang sama, Fazley turut memberi nasihat kepada individu tersebut bahawa tidak salah untuk mengkritik tetapi biarlah kritik dengan cara yang berhemah, berpada-pada ketika memberi komen.

The post ‘Kek Paling Tak Sedap!’ – Fazley Yaakob Anggap Komen Biadap Sebagai Teguran Untuk Dirinya first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.