Ads Top

Main Ad

Kongsi Rezeki, Vivy Yusof Belikan Mainan Dan Belanja Makan Buat Anak-Anak Yatim

Bulan Ramadan yang menghampiri penghujungnya tidak lamai sahaja lagi pastinya ramai yang berlumba-lumba mengumpul pahala dengan ibadah-ibadah sunat dan bersedekah.

Tidak melepaskan peluang, usawahan wanita dan pengasas Fashion Valet, Datin Vivy Yusof khabarnya turut berkongsi rezeki dengan meraikan anak-anak yatim dengan membeli pelbagai jenis permainan di sebuah kedai mainan terkemuka negara.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Vivy Yusof (@vivyyusof)

Vivy yang dihubungi media berkata dia pada awalnya merancang bersama suami, Datuk Fadza Anuar untuk membawa anak-anak tersebut ke kedai itu sendiri agar mereka dapat memilih permainan yang diidamkan.

Namun, hasrat itu tertunda kerana telah dimaklumkan bahawa anak-anak yatim tersebut terpaksa dikuarantin kerana pelawat yang hadir sebelum ini merupakan pesakit COVID-19.

View this post on Instagram

A post shared by Vivy Yusof (@vivyyusof)

Advertisement

“Kami terpaksa membatalkan plan kami. Jadi kami menghantar makanan pada mereka. Saya pergi ke Toysrus untuk mendapatkan sendiri mainan itu. Mereka telah memilih sendiri mainan dalam atas talian jadi saya hanya pergi mengambilnya..”

Dalam pada itu pemilik nama Vivy Sofina Yusof ini menzahirkan harapan agar anak-anak kecil itu gembira dengan sumbangan yang diberikan.

View this post on Instagram

A post shared by Vivy Yusof (@vivyyusof)

Terdahulu, Vivy dan Fadza telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan pasangan ini telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Daniel Azim Shah,8, Mariam Iman Shah,6, dan Sarah Ilham Shah yang kini berusia tiga tahun.

The post Kongsi Rezeki, Vivy Yusof Belikan Mainan Dan Belanja Makan Buat Anak-Anak Yatim first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.