Ads Top

Main Ad

Lantang Mengkritik Neelofa, Instagram Azwan Ali Digodam

Akibat terlalu terbuka mengkritik isu berkaitan usahawan terkenal, Neelofa melanggar prosedur operasi standard (SOP) baru-baru ini, akaun Instagram Azwan Ali telah digodam oleh pihak yang tidak diketahui.

BACA: “Tak Abis-Abis Muka Kau” – Didakwa Langgar SOP Kali Ketiga, Azwan Ali Selar Neelofa

Advertisement

Menurut Azwan Ali atau dikenali sebagai Diva AA, dia sedar akaun Instagram nya digodam Jumaat lalu selepas mStar menyiarkan video temubualnya mengkritik Neelofa pada hari Rabu.

azwan aliSumber : mStar Online  

Kata Diva AA ketika ditemubual oleh mStar,

Ia berlaku pada pagi Jumaat sebaik sahaja viral kenyataan yang saya keluarkan menghentam seorang artis yang sengaja melanggar SOP menerusi mStar. Ini kali kedua saya terkena musibah Instagram digodam, yang pertama ketika ada 400,000 lebih pengikut. Kali kedua ni ada lebih 77,000 pengikut pun kena hack.

Kepada individu yang hack Instagram saya, muhasabah la!

Baru-baru ini melalui video yang dimuatnaik oleh mStar, Diva AA mengesa pihak atasan untuk mengambil tindakan tegas keatas Neelofa kerana sudah beberapa kali didakwan melanggar SOP yang telah ditetapkan.

Menerusi video tersebut, kelihatan Diva AA lantang mengkritik usahawan terkenal itu atas segala kesalahan yang telah dilalukan olehnya.

The post Lantang Mengkritik Neelofa, Instagram Azwan Ali Digodam first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.