Ads Top

Main Ad

Makin Ayu Sejak Berhijab, Rizman Doakan Isteri Terus Istiqamah Dalam Penghijrahan Baharu

Pereka fesyen terkenal, Rizman Nordin dalam sebuah hantaran di Instagramnya ada menzahirkan perasaan syukur ke atas penghijrahan isterinya, Nurida Suraya yang kini sudah berhijab sepenuhnya.

“Semoga istiqamah..” itulah doa yang dititipkan Rizman kepada Nurida di atas keputusan untuk menutup aurat secara sepenuhnya.

Advertisement

Akui gembira di atas perubahan tersebut, penghijrahan isterinya itu turut disambut baik oleh peminat dan pengikut media sosial pereka fesyen terkenal itu.

Terdahulu, Nurida mula menarik perhatian netizen apabila dia tampil mengenakan hijab sepanjang bulan Ramadan yang lalu.

View this post on Instagram

 

A post shared by rizmanruzaini (@rizmanruzaini)

Advertisement

Sekadar info, Rizman dan Nurida telah mendirikan rumah tangga pada 13 September 2019 bertempat di Glasshouse, Seputeh, Kuala Lumpur.

Hasil perkongsian hidup, kehidupan rumah tangga mereka diserikan dengan kehadiran seorang cahaya mata perempuan, Rizqaa yang dilahirkan pada 2 September 2020 yang lalu.

The post Makin Ayu Sejak Berhijab, Rizman Doakan Isteri Terus Istiqamah Dalam Penghijrahan Baharu first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.