Ads Top

Main Ad

Mengaji Pandai Bahasa Perancis Pun Pandai, Netizen Kagum Kebolehan Anak Sulung Anzalna Nasir Di Usia 2 Tahun

Anak sulung kepada pelakon Anzalna Nasir iaitu Mohamad Eidrees kini berusia dua tahun nampaknya telah mencuri perhatian netizen dengan keletahnya yang comel dan bijak.

Manakan tidaknya, baru berusia dua tahun, Eidrees sudah pandai berzikir serta mengaji dan terbaru, boleh mengira dan menyanyi dalam bahasa Perancis.

Advertisement
View this post on Instagram

 

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88)

Perkara tersebut dikongsikan Anzalna menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk tatapan peminat dan juga pengikut media sosialnya.

“Cepatnya membesar. Selain berzikir dan mengaji. Eidrees boleh mengira dan menyanyi dalam bahasa Perancis. Dia budak yang pemalu susah nak ambil video. Nasib tak tercekik laici tu!” tulisnya di bahagian kapsyen video tersebut.

Meninjau ruangan komen, keletah si cilik itu telah mencuit hati peminat dan rakan-rakan artis pelakon jelita itu.

Mungkin sudah didedahkan dari kecil, tindakan Anzalna mengajar Eidrees dengan pelbagai ilmu pengetahuan pastinya membuahkan hasil dan perkara yang bijak.

The post Mengaji Pandai Bahasa Perancis Pun Pandai, Netizen Kagum Kebolehan Anak Sulung Anzalna Nasir Di Usia 2 Tahun first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.