Ads Top

Main Ad

Nad Zainal Keliru Dek Dakwaan Dapat Layanan Istimewa Daftar Vaksin

Baru-baru ini, pelakon Nad Zainal dituduh oleh seorang individu di laman media sosial Twitter dimana individu tersebut mendakwa Nad mendapat layanan double standard ketika mendaftar slot untuk vaksin AstraZeneca.

Pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu berasa bingung dengan tuduhan yang dilalukan oleh individu tersebut dan meminta individu tersebut menjelaskan dengan lebih lanjut berkenaan mendapat layanan istimewa itu.

Advertisement
nad zainalSumber : Instagram Nad Zainal  

Tuduhan yang dilakukan oleh individu tersebut di Twitter berkata,

Hahah Nad Zainal kata, seorang saja ahli keluarga dia tak sempat daftar untuk vaksin tadi. Ooo sekarang fahamlah. Korang faham tak?

Kerana berasa bingung dengan tuduhan tersebut, Nad membalas ciapan tersebut bagi mendapat penjelasan lanjut dari individu itu kerana Nad berkata dia turut terpaksa menekan beberapa kali butang I am not robot ketika ingin mendaftar vaksin namun masalah teknikal berlaku.

Bagi mencari jawapan atas perkara yang dituduh oleh individu tersebut, Nad turut memuat naik hantaran yang sama di Insta Story nya supaya individu itu memberi penjelasan dengan lebih jelas.

The post Nad Zainal Keliru Dek Dakwaan Dapat Layanan Istimewa Daftar Vaksin first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.