Ads Top

Main Ad

Nafi Raih Keuntungan Atas Penderitaan Orang Lain, Che Ta Kini Jual Tudung Corak Bendera Palestin

Didakwa mengambil kesempatan meraih keuntungan daripada penderitaan rakyat Palestin kerana menjual tudung bercorak bendera warna negara tersebut, pelakon Rozita Che Wan tidak berdiam diri dan tampil mempertahankan diri.

Ujar Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta, hasil jualan rekaan tudung tersebut sebahagiannya akan disalurkan kepada rakyat Palestin.

Advertisement

“Selain daripada menderma, inilah cara yang saya rasa dapat meningkatkan jumlah derma terhadap mereka. Kalau orang beli tudung ini, mereka pun kira membantu juga. Saya harap rakyat Malaysia sudi membeli sambil menderma dan menyarungkan tudung tema Palestin ini demi simbolik sokongan kita terhadap mereka..”

Difahamkan Che Ta telah berkolaborasi bersama jenama Ashh & Annas sempena pelancaran tudung edisi khas, Palestine Edition yang berharga RM89.90 sehelai.

Sementara itu, Pengarah Urusan Ashh & Annas, Mohamad Anas Zahrin berharap agar usaha kecil mereka itu dapat sedikit sebanyak meringankan beban dan penderitaan rakyat Palestin.

“Nak pergi ke sana kita tidak boleh, kita tiada kekuatan. Jadi, membeli sambil beramal juga adalah sebahagian daripada sokongan kepada saudara Islam kita di sana.” ujarnya.

Dia dalam pada itu turut mengucapkan terima kasih kepada mereka di luar sana yang sudi menyokong perniagaan koleksi tudung terbaru itu.

The post Nafi Raih Keuntungan Atas Penderitaan Orang Lain, Che Ta Kini Jual Tudung Corak Bendera Palestin first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.