Ads Top

Main Ad

Nasib Baik Ada Mira Filzah, Wan Emir Syukur Punya Isteri Di Sisi Ketika Mengenangkan Allahyarham Bapa

Suami kepada pelakon terkenal, Mira Filzah baru-baru ini ada meluahkan rasa kerinduan terhadap Allahyarham bapanya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar yang telah genap lima tahun meninggalkan mereka sekeluarga.

Emir atau nama sebenarnya Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar menzahirkan rasa rindu tersebut menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya baru-baru ini.

Advertisement

Dia dalam pada itu berkata, meskipun berasa sedih apabila mengenangkan pemergian bapa tercinta, kehadiran isteri tercinta iaitu Mira Filzah sedikit sebanyak mengubat kerinduan dan turut dipujuk agar tidak terus dibelenggu perasaan sedih.

“Papa, seorang yang penyayang dan ayah yang terbaik..saya berkata kepada isteri tersayang, sambil dia mendakap dan memujuk saya dari terus bersedih…”

Dalam hantaran tersebut, Wan Emir turut meletakkan foto dirinya sewaktu kecil dengan arwah bapanya sebelah menyebelah.

View this post on Instagram

A post shared by WAN EMIR ASTAR (@wanemirastar)

Advertisement

Sekadar info, Allahyarham Wan Mohammad Khair-il telah meninggal dunia dalam sebuah nahas helikopter di Sarawak pada 5 Mei 2016 yang lalu dan pemergian arwah pada ketika itu turut mendapat liputan yang meluas.

Meskipun mengalami tragedi yang tragik, Wan Emir yang kini berkerja sebagai seorang arkitek mengakui masih terkesan dengan pemergian ayahanda tercinta namun bersyukur kerana masih diberikan nikmat sebagai seorang muslim serta memegang erat segala nasihat dan doa yang diberikan bapanya dulu.

“Allahumagh firlahu warhamhu wa’aafihi wa’fu anhu. Jaga dia untuk kami, Ya Rabb. Emir sayang papa..tak terkata.” tulisnya lagi di hantaran menyayat hati itu.

The post Nasib Baik Ada Mira Filzah, Wan Emir Syukur Punya Isteri Di Sisi Ketika Mengenangkan Allahyarham Bapa first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.