Ads Top

Main Ad

Pakai Baju Nampak Perut, Netizen Tegur Intan Najuwa Supaya Hormat Bulan Ramadan

Pelakon kecil molek, Intan Najuwa menjadi tumpuan warga maya apabila sering memuat naik video memaparkan dia menggayakan busana cantik di Instagram.

Meskipun industri hiburan kini ‘sibuk’ dengan berita pelanggaran SOP oleh artis-artis terkenal yang lain, netizen juga nampaknya cakna dengan perkembangan bintang drama Tak Sempurna Mencintaimu ini.

Advertisement

Baru-baru ini, Intan ada memuat naik sebuah video di mana dia tampil cantik namun lain pula jadinya apabila ada sesetengah netizen mengkritik baju yang telah menampakkan sedikit bahagian tubuh badan pelakon itu.

Kata netizen, pakaian tersebut tidak sopan dan seolah-olah tidak menghormati bulan yang mulia iaitu Ramadan yang disambut umat Islam pada ketika ini.

“Perut tu awak, bulan puasa ini tutuplah sikit..” tulis seorang pengguna media sosial di hantaran Intan itu.

Tegur sebab sayang kan? Moga Intan Najuwa dapat ambil iktibar daripada teguran peminat media sosialnya itu.

The post Pakai Baju Nampak Perut, Netizen Tegur Intan Najuwa Supaya Hormat Bulan Ramadan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.