Ads Top

Main Ad

Pukul Penghantar Makanan, Lan Pet Pet Dirakam ‘Belasah’ Individu

Tular semalam di media sosial apabila sebuah video memaparkan susuk tubuh pelawak popular, Lan Pet Pet dilihat sedang memukul seorang lelaki yang dipercayai penghantar makanan.

Dalam hantaran yang dipercayai dirakam pengguna jalan raya itu, Lan Pet Pet atau nama sebenarnya Mazlan bin Ahmad itu kelihatan seperti sedang merangkul leher lelaki terbabit dan memukul kepalanya.

Advertisement
 
Dia dalam pada masa yang sama turut ditenangkan beberapa orang individu yang menahannya daripada terus memukul penghantar makanan terbabit.

Lan turut mengeluarkan kata-kata amarah di mana dia telah menjerkah, “hang duduk Tropicana nak tunjuk samseng kat aku. Hang tau dak aku sapa?” 

View this post on Instagram

A post shared by Lanpetpet (@lanpetpet)

Namun begitu, tidak dapat dipastikan pula lokasi kejadian dan bila ianya terjadi.

Usaha untuk menghubungi pelawak tersebut juga gagal keranan dia gagal dihubungi.

Terdahulu, Lan Pet Pet pernah mencetuskan kontroversi apabila dia telah bertindak memukul seorang pengawal keselamatan, Yahya Manap,71, pada 6 April 2019 yang lalu.

Lan Pet Pet PakyaSumber : Google  

Sehubungan dengan kes itu, dia telah didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Seremban pada 15 April 2019 selepas mengaku bersalah terhadap perbuatan yang dilakukan di Acacia Park Desa Jati, Nilai, Negeri Sembilan.

The post Pukul Penghantar Makanan, Lan Pet Pet Dirakam ‘Belasah’ Individu first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.