Ads Top

Main Ad

Ruang Foto ‘Berani’ Dihujani Mesej Nakal, Shah Iskandar Terpaksa Tutup Ruangan Komen Instagram

Pelakon Shah Iskandar semalam telah mencuri perhatian peminat serta pengikut media sosialnya apabila dia ada memuat naik foto dirinya lengkap berpakaian sukan yang agak ‘berani’.

Namun, gara-gara menerima komen nakal daripada peminat, dia kemudian telah menutup ruangan komen foto tersebut.

Advertisement

Apa yang menarik perhatian barangkali kerana foto tersebut memaparkan dia memakai pakaian sukan yang agak ketat disertakan dengan kapsten ‘test market’ yang ditulis oleh Shah mengundang pelbagai reaksi masyarakat.

Shah IskandarSumber : Instagram Shah Iskandar  

“Test market ‘onlyfans!’ Ok, on a serious note, runnin is actually the best exercise for all ages..” tulis Shah di ruangan kapsyen foto tersebut.

Bagi yang belum sedia maklum, OnlyFans merupakan sebuah ruang media sosial berbayar yang mana kebanyakan pengguna menjual foto serta video tubuh badan mereka kepada pelanggan.

Komen IG Shah IskandarSumber : Astro Gempak  

Sekadar info, Shah atau nama sebenarnya Shah Iskandar Mahfuz telah mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Siti Sarah Mohd Noor pada tahun 2016 yang lalu.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Yusuf Zulkarnaen yang kini berusia 7 bulan.

The post Ruang Foto ‘Berani’ Dihujani Mesej Nakal, Shah Iskandar Terpaksa Tutup Ruangan Komen Instagram first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.