Ads Top

Main Ad

‘Sakit Pula Hati..’ – Faezah Elai Bengang Netizen Salahkan Selebriti Setiap Kali Isu SOP

Pelakon Faezah Elai ungkap rasa marah apabila segelintir netizen sering menyalahkan selebriti apabila berlakunya isu pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).

BACA: Kes COVID-19 Meningkat, Mimi Fly Minta Semua Tidak Salahkan Selebriti Dan Kerajaan 

Advertisement

Faezah atau nama sebenar Noor Faezah Md Elai turut mempersoalkan apabila netizen menyalahkan selebriti terhadap kenaikan kes COVID-19 meningkat di dalam negara padahal ianya bermula daripada sikap tidak bertanggungjawab oleh segelintir rakyat.

faezah elaiSumber : Facebook Faezah Elai  

Pelakon tersebut meluahkan rasa geram di laman media sosialnya iaitu Facebook dengan berkata,

Sakit pula hati bila tak ikut SOP, artis yang kena maki… kerana seorang dua artis habis semua kata ‘ikut SOP! jangan jadi macam selebriti!’. Sekarang ini yang jalan jem hari tu balik kampung, artis ke?

Rasa-rasanya yang kena Covid ada sampai meninggal sebab manusia bangang yang balik kampung habis jangkit kat satu kampung, artis juga yang kena bodoh.

Isu selebriti melanggar SOP kini sedang hangat dibincangkan dikalangan netizen selepas pengacara dan usahawan terkenal Neelofa sudah beberapa kali berhadapan dengan tuduhan tidak mengikuti SOP yang telah ditetapkan.

Selain Neelofa, pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi juga turut disiasat oleh polis setelah melanggar SOP Aidilfitri ketika raya pertama baru-baru ini.

The post ‘Sakit Pula Hati..’ – Faezah Elai Bengang Netizen Salahkan Selebriti Setiap Kali Isu SOP first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.