Ads Top

Main Ad

“Saya Tegur Pakai Handphone Masa Bawa Motosikal, Tapi Diprovoke Pula..” – Lan Pet Pet

Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet akhirnya tampil memberi penjelasan mengenai satu isu yang tular di media sosial di mana tindakannya memukul seorang penghantar makanan, baru-baru ini.

Jelas Lan Pet Pet atau nama sebenarnya Mazlan Bin Ahmad, dia pada ketika itu memandu kereta di Jalan Ampang telah terlihat lelaki terbabit sedang menunggang motosikal di tengah jalan sambil menggunakan telefon bimbit.

Advertisement
Lan Pet PetSumber : Facebook  

Memikirkan perbuatan penghantar makanan terbabit yang boleh mendatangkan bahaya bukan sahaja kepada dirinya sendiri tetapi pengguna jalan raya yang lain, dia mengambil keputusan untuk bersemuka dengan lelaki tersebut.

View this post on Instagram

A post shared by Lanpetpet (@lanpetpet)

“Saya tegur pemuda tu. Tindakannya amat berbahaya. Bukan sahaja boleh ancam nyawanya, malah pengguna jalan raya yang lain. Bagaimanapun, lain pula jadinya apabila saya kena maki dan menerima provokasi. Saya juga manusia biasa, kesabaran ada batasan. Takkan saya mahu membiarkan sahaja apabila diserang.”

Menganggap tindakannya yang menjadi tular pada tempoh hari hanyalah sebagai perbuatan mempertahankan diri, Lan berkata dia bukanlah ingin tunjuk samseng seperti yang diperkatakan orang ramai.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Lanpetpet (@lanpetpet)

Dia juga meluahkan rasa kesal dengan penyebaran video tersebut yang dipercayai dirakam oleh seorang wanita sehingga menimbulkan salah faham dalam kalangan netizen.

“Saya diberitahu wanita ini mula menyebarkan video menerusi aplikasi WhatsApp hingga tular. Dia tidak sepatutnya membuka aib orang sesuka hati. Tindakannya menyebarkan video ini boleh menimbulkan fitnah..”

Anggota kumpulan lawak Senario itu juga difahamkan telah membuat laporan polis berhubung dengan kes tersebut.

Terdahulu, video berdurasi 24 saat yang memaparkan Lan sedang memukul penghantar makanan tersebut telah menjadi tular di media sosial sehingga menimbulkan kekecohan dalam kalangan netizen.

The post “Saya Tegur Pakai Handphone Masa Bawa Motosikal, Tapi Diprovoke Pula..” – Lan Pet Pet first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.