Ads Top

Main Ad

“Selama Ni Aku Dah Bangga Dah Dia Berlakon Sembilu!” Giliran Azhan Rani ‘Sound’ Zed Zaidi

Turut terkesan dengan kenyataan Presiden Persatuan Seniman Malaysia Zed Zaidi yang mendakwa drama siri Nur gagal mendapat tempat di stesen televisyen Indonesia kerana beranggapan ianya kurang kualiti dan sekadar ‘syok sendiri, Azhan Rani tampil memberi sedikit dua kata.

Perkara tersebut ternyata telah mengundang kemarahan Azhan yang juga merupakan salah seorang pelakon dalam drama Nur tersebut.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani)

Azhan yang membawa watak Ustaz Hamadi baru-baru ini telah berkongsikan paparan skrin waktu tayangan terbaru drama Nur di stesen televisyen Indonesia yang sebelum ini telah ditarik kerana kurang mendapat sambutan.

View this post on Instagram

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani)

“Memang ada orang berlakon sebab nak glamour. Tapi bukan semua pelakon macam tu. Nawaitu kita berbeza. Kaedahnya tak ada siapa buat drama Nur ini untuk tayangan Indonesia. Tak ada siapa suruh jual ke sana..yang paling penting kaau gah sangat drama tu kat sana pun, tuan presiden tu nak berjuang ke hak aku yang kena bayar keahlian Seniman yang setakat menang tepuk saja ni.”

Advertisement

Sebelum ini, pengarah drama Nur, Shahrulezad turut tampil membidas kenyataan Zed Zaidi berkenaan isu tersebut yang menganggap apa yang dikatakan presiden Seniman itu sebagai tidak berasas dan hanya menjawab soalan daripada wartawan tanpa mengetahui info sebenar.

View this post on Instagram

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani)

Dalam pada itu, Azhan sempat berseloroh apabila dia mengakui merasa bangga melihat lakonan Zed Zaidi dalam filem Sembilu namun hilang disebabkan oleh kenyataan yang dikeluarkan aktor tersebut.

“Selama ini aku dah bangga dia berlakon Sembilu.Bila dia yang jadi sembilu terus aku tak bangga dah lagi.Apooo!” ujar Azhan.

View this post on Instagram

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani)

Selepas dihentikan seketika dan sempat bersiaran sebanyak satu episod sebelum diberhentikan, drama lakonan Syafiq Kyle dan Amyra Rosli itu kembali bersiaran di dua stesen TV Indonesia iaitu MNCTV dan Muslim TV bermula Sabtu.

The post “Selama Ni Aku Dah Bangga Dah Dia Berlakon Sembilu!” Giliran Azhan Rani ‘Sound’ Zed Zaidi first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.