Ads Top

Main Ad

Selepas Sebulan Rujuk, Zarina Anjoulie Dedah Sudah Cerai Buat Kali Kedua

Siapa yang berkahwin pastinya mengharapkan masjid yang dibina akan kekal sehingga ke akhirnya. Namun tiada siapa dapat menduga atau menolak sekiranya ia terputus di tengah jalan.

Selepas sebulan mengumumkan bahawa mereka sudah kembali rujuk, selebriti Zarina Anjoulie membuat kejutan apabila dia mengkhabarkan penceraian kali keduanya dengan Eilyas Azhar menerusi sebuah entri di Instagram tadi.

Advertisement

zarina anjoulie

“Ramai tanya betul ke Anju dan Yas dah cerai… Yes betul kami dah cerai terima kasih.”

Berita itu nyata mengejutkan ramai apabila pasangan merpati dua sejoli itu dilihat mesra sahaja selepas membuat keputusan untuk rujuk kembali baru-baru ini.

BACA: “Aku Dan Yas Dah Rujuk” – Akui Kembali Bersama, Zarina Anjoulie Minta Wanita Berhenti Ganggu Suaminya

Untuk pengetahuan semua, Zarina dan Eilyas memutuskan untuk berpisah selepas 8 bulan berkahwin namun kemudiannya memilih untuk rujuk pada Mac lalu.

The post Selepas Sebulan Rujuk, Zarina Anjoulie Dedah Sudah Cerai Buat Kali Kedua first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.