Ads Top

Main Ad

Status Perkahwinan Terjawab, Fiza Halim Sahkan Sudah Bercerai Kali Ketiga Melalui Whatsapp

Pelakon jelita dan juga bekas anggota kumpulan Elite, Fiza Halim mengesahkan bahawa dia kini sudah pun bercerai dengan bekas suaminya, Aizat Al Jefri sejak 22 Julai tahun lalu.

Reda dengan ketentuan Ilahi, Fiza berkata penceraiannya kali ini merupakan ujian dan dugaan terbesar yang perlu dilaluinya sebagai manusia biasa.

Advertisement

Justeru itu, Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim,43, memohon agar tiada lagi spekulasi dan fitnah serta hinaan dilemparkan buatnya selepas perkahwinan ketiganya ini berakhir.

Perkara tersebut diumumkan Fiza menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya untuk pengetahuan peminat dan juga pengikut media sosialnya.

“Harap tiada lagi fitnah dan hinaan di luar sana kepada saya. Saya hanta manusia biasa yang tak lepas dari dugaan dan cubaan hidup ini. Ini bahagian saya. Saya terima segala ketentuan dan takdir yang sudah tertulis untuk saya. Hanya reda dan pasrah yang dapat saya ucapkan..”

Dia dalam pada itu turut memohon doa daripada orang ramai agar kuat dan tabah menghadapi hari mendatang bersama anak-anak.

Advertisement

Ujar Fiza, sebab dan mengapa kali ini mereka meleraikan tali pernikahan hanya dia dan bekas suami yang mengetahui kerana enggan membuka aib sesiapa.

“Saya ambil masa untuk merungkaikan hal sebenar. Ia bukan mudah tapi baru saat ini saya ada kekuatan untuk mendedahkan status diri. Kami bercerai talak satu. Saya diceraikan menerusi aplikasi Whatsapp. Punca atau sebab kenapa kami berpisah itu, biarlah saya simpan dan tanggung sendiri. Saya tak mahu membuka aib sesiapa.”

Kini hanya ingin bangkit tidak mahu bersedih lagi, Fiza berazam untuk terus berjaya demi membesarkan anak-anak di sisi.

Terdahulu, Fiza telah bernikah dengan duda anak dua yang juga seorang juruterbang, Aizat Al Jefri sejak Disember tahun 2016.

Hasil perkongsian hidup itu pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Siti Aleena Adra yang kini berusia tiga tahun.

The post Status Perkahwinan Terjawab, Fiza Halim Sahkan Sudah Bercerai Kali Ketiga Melalui Whatsapp first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.