Ads Top

Main Ad

Susulan Kes Langgar SOP Ketika Aidilfitri, Keluarga Norman Hakim Dan Abby Abadi Dikompaun RM8,000

Dua keluarga selebriti terkenal, Norman Hakim dan isterinya Memey Suhaiza serta Abby Abadi dan suami Muhammad Faizal Zakari dilaporkan telah dikenakan kompaun gara-gara kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) ketika perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih dilaksanakan sehingga kini.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed yang memaklumkan bahawa kesemua mereka telah dikenakan denda sebanyak RM2,000 setiap seorang.

Advertisement
Abby Norman BerayaSumber : Instagram Norman Hakim  

Terdahulu,  media tempatan telah melaporkan bahawa dua keluarga pasangan selebriti ini telah gagal mematuhi SOP PKP dan foto sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri mereka di laman sosial telahpun tular sehingga mencetuskan kemarahan netizen.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak memaklumkan bahawa pihaknya mengambil maklum mengenai penularan gambar itu di media sosial dan seterusnya telah membuka kertas siasatan berhubung perkara tersebut.

Abby Abadi Instagram StorySumber : Instagram Abby Abadi  

Ujar beliau lagi, kejadian tersebut disyaki telah berlangsung di kediaman selebriti berkenaan yang berlokasi di Hulu Kelang dan difahamkan terdapat lebih kurang 13 individu telah gagal mematuhi SOP ditetapkan iaitu program ziarah hari raya yang tidak dibenarkan sama sekali sepanjang tempoh PKP.

Tambah Muhammad Farouk, pihak polis juga telah menerima satu laporan polis berhubung kes terbabit dan siasatan dijalankan di bawah Peraturan 17 Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

The post Susulan Kes Langgar SOP Ketika Aidilfitri, Keluarga Norman Hakim Dan Abby Abadi Dikompaun RM8,000 first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.