Ads Top

Main Ad

(TAHNIAH) Rafidah Ibrahim Syukur Dapat Bernikah Sebelum PKP 3.0, Kongsi Gambar Suami

Pelakon dan juga penyanyi, Rafidah Ibrahim memaklumkan bahawa dia kini sudah pun bergelar isteri kepada lelaki pilihannya, Shahzemir Shahzulkarib pada 5 Mei yang lalu.

Rafidah dalam pada itu turut meluahkan rasa lega kerana dapat menjalankan majlis meraikan cinta itu sebelum perlaksanaan PKP di beberapa kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur.

Advertisement

Difahamkan juga, majlis serba ringkas itu hanya dihadiri adik beradik serta ahli keluarganya sahaja.

“Alhamdullilah. Tanggal 5 hb Mei, saya telah bergelar isteri kepada Shahzemir Bin Shahzulkarib. Syukur ke hadrat illahi, dalam kekalutan membuat persediaan yang sangat ringkas, semuanya tetap berjalan lancar dan dipermudahkan..”

Dia mengumumkan mengenai berita gembira tersebut menerusi sebuah hantaran di Instagramnya di mana keduanya kelihatan sama cantik sama padan menggayakan busana perkahwinan berwarna kuning lembut.

Rafidah juga turut berkongsikan wajah suaminya yang berlatar belakangkan lokasi sekitar kediaman mereka.

Terdahulu, Rafidah ada memaklumkan kepada media yang menyatakan bahawa dia akan menamatkan zaman bujang bersama seorang ahli perniagaan yang dikenalinya kira-kira hampir 10 tahun tempoh persahabatan.

The post (TAHNIAH) Rafidah Ibrahim Syukur Dapat Bernikah Sebelum PKP 3.0, Kongsi Gambar Suami first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.