Ads Top

Main Ad

(TAHNIAH) Sheera Iskandar Tamat Status Janda, Kini Bergelar Isteri Kepada Anggota Polis

Pelakon yang sinonim dengan drama Gerak Khas, Sheera Iskandar dilaporkan telah menamatkan status janda apabila sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan, Mohd Halim Abdul Gani.

Sheera atau nama sebenarnya Tengku Shahiea Ilani Tengku Iskandar selamat bergelar suri hidup kepada suaminya itu hanya dengan sekali lafaz sahaja.

Advertisement
Sheera IskandarSumber : mStar Online  

Difahamkan majlis pernikahan Sheera dan Halim telah berlangsung kira-kira jam enam petang semalam bertempat di Magica, Quill Mall, Kuala Lumpur.

Majlis yang diadakan secara tertutup itu hanya dihadiri 70 orang tetamu termasuklah ahli keluarga dan sahabat handai serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

View this post on Instagram

A post shared by SalinaSaibi (@_salinasaibi_)

View this post on Instagram

A post shared by SalinaSaibi (@_salinasaibi_)

Sementara itu, Halim yang juga seorang anggota pilis telah menyerahkan mas kahwin RM1,000 berserta dulang hantaran satu berbalas satu.

Terdahulu, Sheera yang juga anak kepada pelakon senior Aznah Hamid pernah mendirikan rumah tangga bersama Abdullah Harun pada Ogos 2015 sebelum bercerai pada hujung tahun 2018.

The post (TAHNIAH) Sheera Iskandar Tamat Status Janda, Kini Bergelar Isteri Kepada Anggota Polis first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.