Ads Top

Main Ad

“Tangan Mayat Mana Kau Kutip Nak Buat Promosi Produk Ni..” Mia Sara Dikecam Tak Sensitif Buat Reviu Produk

Kelmarin, tular di media sosial Twitter dimana netizen telah tampil mengkritik tindakan pelakon kanak-kanak, Mia Sara Nasuha yang memuat naik hantaran ‘reviu’ produk kecantikan yang dianggap tidak wajar dipromosikan.

Menerusi kemasikini tersebut, Mia dilihat telah memuat naik foto gambar tangan yang menampakkan urat kebiru-biruan sehingga dikatakan menganggu dan memberikan pengaruh tidak baik kepada pengguna bawah umur.

Advertisement
Mia Sara NasuhaSumber : Instagram Mia Sara Nasuha  

Kata netizen, Mia Sara perlulah bijak memilih produk untuk dipromosikan kerana status dirinya sebagai artis yang mempunyai ramai pengikut media sosial.

Difahamkan produk tersebut merupakan makanan tambahan untuk memutihkan kulit dan turut dijual secara atas talian.

Tidak mendiamkan diri, Mia kemudian memberi respon kepada kritikan yang dilontarkan netizen itu.

Mia Sara NasuhaSumber : Twitter Mia Sara  

“Siapa cakap saya boleh memilih (untuk revie produk). Diorang pun main cakap je kenal saya pun tidak.” tulisnya.

Meninjau ruangan komen, ramai yang memberi kritikan pelbagai sehingga ada yang menyamakn tangan itu seperti mayat.

Mia Sara NasuhaSumber : Twitter  

“Tak payah telan-telan untuk putih, rosak buah pinggan. Dah meninggal nanti dapat putih macam ni..” tulis seorang pengguna media sosial.

Tidak lama selepas itu, Mia Sara kemudian dilihat telah memadam hantaran terbabit mungkin kerana enggan mengeruhkan lagi keadaan.

The post “Tangan Mayat Mana Kau Kutip Nak Buat Promosi Produk Ni..” Mia Sara Dikecam Tak Sensitif Buat Reviu Produk first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.