Ads Top

Main Ad

Tidak Alami Sebarang Simptom, Nora Danish Disahkan Positif COVID-19

Pelakon cantik, Nora Danish mengumumkan di laman Instagram bahawa dirinya disahkan positif COVID-19.

Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif memaklumkan bahawa dia pergi menjalani ujian calitan semalam selepas mendapati dirinya merupakan kontak rapat bagi kategori C.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by naOradaishi (@noradanish)

Difahamkan bahawa pelakon itu kini sedang menjalani kuarantin kendiri sendiri di rumah sehingga mendapat arahan seterusnya daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Sekarang Nora kuarantin kendiri di dalam bilik agar anak-anak dan suami selamat. Mereka dah lakukan PCR Test jam 12 tengah hari tadi dan doakan untuk kami semua ya.”

Dia dalam pada itu turut memohon sesiapa yang bertemu dengan dirinya sekitar 4hb hingga 8hb Mei untuk melakukan ujian calitan.

View this post on Instagram

A post shared by naOradaishi (@noradanish)

Nora juga memohon maaf di atas kesusahan yang timbul akibat daripada hasil ujian yang didapatinya itu.

The post Tidak Alami Sebarang Simptom, Nora Danish Disahkan Positif COVID-19 first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.